[TUANKU DUKACITA] Rakyat Jangan BIADAP dengan YDP Agong




Wan Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.
Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” katanya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sebuah blog telah membangkitkan bahawa terdapat ketegangan mengenai pelantikan Peguam Negara. Rentetan daripada itu pelbagai pihak memberi pandangan sehinggakan ada yang menghina YDP Agong. 
Tindakan biadap dan kurang ajar ini tidak boleh dibiarkan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dan tegas dalam memastikan agar perkara ini tidak berulang.

0 Response to "[TUANKU DUKACITA] Rakyat Jangan BIADAP dengan YDP Agong"

Posting Komentar

close