Mufti Perlis memaklumkan bahawa satu dialog di antara Ustaz Salman Ali dan Cik Siti Kassim sedang diatur.
"Ramai yang gelisah dengan cara dan apa yang dilakukan oleh seorang yang dikenali dalam media sebagai Cik Siti Kassim."
"Sikap beliau membimbingkan banyak pihak." tulis beliau.
Beliau menyatakan bahawa pendekatan dialog yang matang dan ilmiah itu sedang diatur oleh Pihak Mufti Perlis dengan kerjasama One Centre Malaysia, Perlis dan Badan Peguam Perlis.
"Atas asas pendekatan yang matang dan ilmiah, pihak saya dengan kerjasama One Centre Malaysia, Perlis dan Badan Peguam Perlis sedang mengatur satu dialog terbuka berkaitan Islam di Malaysia antara Ustaz Salman Ali dan Cik Siti Kassim."
"Tarikh dan tempat akan dimaklumkan nanti."
"Tolong doakan agar dialog terbuka ini berjaya dilaksanakan nanti."


0 Response to "Mufti Perlis: Sedang Atur DIALOG TERBUKA Siti Kassim dan Ustaz Salman"
Posting Komentar