HORMATI DAN PERTAHAN INSTITUSI RAJA, jadikan YDP Agong Objek Serangan Politik AMAT MELAMPAU


HORMATI DAN PERTAHAN INSTITUSI RAJA

Siri-siri penyebaran maklumat menyasarkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-XV (YDPA) sebagai objek serangan politik sudah melampaui batas.

Sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut tidak mahu menghormati Baginda sebagai seorang YDPA, sekurang-sekurangnya hormatilah Baginda sebagai seorang insan yang mempunyai perasaan dan maruah.

Tiada yang benar-benar sempurna dalam proses perubahan kepada institusi negara yang sedang berlaku. Namun menjadi tanggungjawab kita menghormati urusan Perlembagaan yang melibatkan institusi YDPA, Raja-Raja Melayu dengan Eksekutif. 

Kita perlu memberi ruang yang sewajar dan tidak mengheret pihak luar campur dalam komunikasi kedua institusi penting di atas khususnya serangan-serangan yang bersifat peribadi samada kepada YDPA, Raja-Raja Melayu, bahkan termasuk Perdana Menteri.


Kita harus menumpukan usaha mengukuhkan perpaduan rakyat dan utamakan kepentingan negara. Bukan membanjirkan cacian dan penghinaan yang tidak membawa kebaikan malah mencemar keharmonian yang ada dengan mencari keburukan orang lain demi kepentingan politik sempit dan sementara.


SEMOGA ALLAH SWT LINDUNGI MALAYSIA.
*DR ASYRAF WAJDI DUSUKI*

0 Response to "HORMATI DAN PERTAHAN INSTITUSI RAJA, jadikan YDP Agong Objek Serangan Politik AMAT MELAMPAU"

Posting Komentar

close