POLIS SIASAT A KADIR JASIN kes tulisan mengenai perbelanjaan Agong


POLIS mengesahkan Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan, A Kadir Jasin disiasat berhubung tulisan di blognya berhubung peruntukan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara Fuzi Harun berkata, siasatan dijalankan berhubung dakwaan ugutan jenayah, hasutan dan juga mengikut kesalahan melanggar akta komunikasi. 

Katanya, pasukannya menerima tiga laporan ke atas wartawan veteran itu. 

“Kami menerima tiga (laporan) setakat ini dari Selangor dan Kelantan dan kertas siasatan sudahpun dibuka ke atas kes ini,” kata Fuzi. 

Siasatan itu berhubung tulisan di blognya dalam bahasa Inggeris bertajuk “Constitution: The King and the Pauper” yang disiarkan pada Isnin lalu. 

A Kadir antara lain mendakwa, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM256.9 bilion kepada Yang di-Pertuan Agong untuk 16 bulan sehingga April tahun ini. 

Menurutnya, dana itu antara lainnya diperuntukkan untuk kemudahan, penyelenggaraan kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan, latihan dan peralatan pengiring, pakaian dan barangan upacara, hadiah dan cenderamata, lawatan luar negara dan gaji kakitangan istana. 

Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times itu bagaimanapun tidak menyatakan sumber maklumat berhubung perbelanjaan istana. 

Menurut Perbendaharaan, kerajaan hanya memperuntukkan RM13.5 juta setahun untuk Agong. – The Malaysian Insight, 7 Jun, 2018

0 Response to "POLIS SIASAT A KADIR JASIN kes tulisan mengenai perbelanjaan Agong"

Posting Komentar

close