((LIVE)): Rosmah hadir ke SPRM, siapa rindu sila tonton




Situasi terkini di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak.
Liputan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang diminta hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM dengan diiringi 2 peguam untuk memberi keterangan. (Gambar Reuters)

PUTRAJAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.43 pagi.

Beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Terdahulu, beliau meninggalkan kediamannya di Taman Duta di Kuala Lumpur jam 10.15 pagi menuju ke ibu pejabat SPRM.

Beliau yang menaiki kereta jenis Mercedes turut diikuti rapat tiga lagi kenderaan lain yang dipercayai barisan peguam beliau.

Bagaimanapun, pihak media tidak dapat mengesahkan sama ada Datuk Seri Najib Razak turut bersama beliau ataupun tidak.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan mengambil dan merakam keterangan Rosmah berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd pada jam 11 pagi ini.

Sebelum ini pada bulan Mei, Najib telah hadir ke SPRM sebanyak dua kali bagi tujuan sama.

0 Response to "((LIVE)): Rosmah hadir ke SPRM, siapa rindu sila tonton"

Posting Komentar

close