[TMJ OH TMJ][RAKYAT TIDAK KE STADIUM SOKONG JDT LAGI] Dulu Tuduh Tun M Bukan Selamatkan negara, Sapa Yang Main Politik?

Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta rakyat Johor tidak bersikap obses dengan mencampuri urusan politik dan sukan.
Tunku Ismail berkata, beliau tidak peduli parti mana yang mentadbir negeri Johor, kerana pemimpin negeri harus memahami mereka tidak berkhidmat kepada ideologi politik, sebaliknya kepada rakyat.
“Pada saya, saya tidak peduli dari parti politik mana anda datang. Yang penting kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor adalah keutamaan.
“Mereka juga harus memahami bahawa mereka tidak berkhidmat kepada ideologi parti politik, sebaliknya mereka berkhidmat kepada rakyat.
“Oleh itu, jikalau seorang penyokong bola sepak itu tidak dapat membezakan antara politik dan sukan, itu bukan masalah saya,” katanya menerusi Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
Tunku Ismail berkata demikian mengulas pertemuannya dengan pihak media yang memberitahu terdapat penyokong JDT tidak hadir ke stadium kerana berbeza fahaman politik dan tidak suka dengan kenyataannya sebelum pilihan raya lalu.
April lalu, TMJ mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.
“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.
“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” katanya.
Tunku Ismail berkata, semua pihak mempunyai hak atas pandangan atau pendapat masing-masing dan beliau mengakui mempunyai hubungan baik dengan kerajaan dahulu dan sekarang.
“Pada saya, semua orang mempunyai hak atas pandangan atau pendapat mereka sendiri. Sebagai contoh, saya dengan kerajaan lama mempunyai hubungan kerja yang baik.
“Kini dengan kerajaan baru juga saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengan mereka. Anda boleh tanya sendiri menteri besar, exco sukan, exco agama dan semua pegawai kerajaan,” katanya.

0 Response to "[TMJ OH TMJ][RAKYAT TIDAK KE STADIUM SOKONG JDT LAGI] Dulu Tuduh Tun M Bukan Selamatkan negara, Sapa Yang Main Politik?"

Posting Komentar

close