Bahasa Melayu pula Jadi Sasaran Bangsa Liberal Lupa Asal Usul



BAHASA MELAYU PULA MENJADI SASARAN SETERUSNYA

Kolumnis liberal MalayMail, portal yang terkenal dengan berita-berita yang memburukkan agong dan Islam sekali lagi melalui penulisnya membawa satu lagi arus liberalisasi untuk mematikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu adalah identiti negara yang mahu dirosakkan atas nama "Malaysian Malaysia"

Lihat apa yang disebutkan oleh kolumnis MalayMail ini :

"Saya Harap Gerakan “Martabatkan Bahasa Melayu” Mati" — Erna Mahyuni

Alasan yang disebutkannya :

“Bahasa Melayu kurang mendapat tempat sebagai bahasa perdagangan. Bahasa Indonesia mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana pasaran Indonesia dilihat sebagai lebih dikehendaki, dengan potensi yang begitu banyak.”
Gerakan Pengundi Sedar

"I hope the “martabatkan Bahasa Melayu” movement is dead", kata penulis Malaymail. Alasannya, gerakan martabatkan BM memecahbelahkan masyarakat, tidak inklusif. 

Bahasa Melayu sebenarnya instrumen perpaduan. Bahasa yang dikongsi semua warga adalah aspek kritikal membina negara (Tarling 2004; Nair 2009). Tanpa 'shared language' ini, akan wujud komuniti yang berkongsi negara, tetapi berbeza aspirasi. Memartabat BM bukan gerakan rasis. Sebaliknya, rasisme membiak kalau dibunuh bahasa kebangsaan sebagai identiti kolektif. 

"Malaysia baru" asasnya adalah nilai progresif, tadbir urus baik serta maslahat rakyat. Kesemua ini boleh dicapai tanpa perlu diubah identiti teras.

0 Response to "Bahasa Melayu pula Jadi Sasaran Bangsa Liberal Lupa Asal Usul"

Posting Komentar

close