UNDIAN: Majori Rakyat Mahu Tun M perintah negara tidak terhad 2 tahun


RAKYAT Malaysia mahu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai pemimpin negara, walaupun beliau berkata akan berundur selepas dua tahun.  

Dalam undian yang dijalankan The Malaysian Insight, ramai yang mengatakan pemimpin berusia 92 tahun itu perlu terus memegang jawatan itu selama mana yang beliau perlu untuk menyelesaikan masalah negara. 

Secara jujurnya, saya tidak kisah jika beliau kekal lebih lama daripada dua tahun. Selagi isu penyelewengan dan ekonomi dapat diselesaikan," kata Douglas Tong dari Subang Jaya. 

Perunding daripada Ampang, Nabihah Rahmat berkata: "Saya tidak pernah jadi peminat Dr Mahathir, tetapi saya nampak peranan penting yang beliau mainkan untuk mengubah negara. Beliau orang yang betul untuk baiki negara.

Beberapa mereka daripada undian itu berkata, Malaysia memerlukan pemimpin yang mempunyai pengalaman Dr Mahathir dan berkaliber untuk memacu negara keluar daripada belenggu ekonomi. 

Kita masih perlukan beliau. Saya tidak kisah. Beliau boleh kekal selama yang diperlukan untuk membantu negara pulih daripada masalah yang dicipta oleh kerajaan sebelum ini," kata Sharifah Maruzani, 35 dari Kuala Lumpur.  

Usahawan dari Kota Belud Jojo Marzuki berkata Dr Mahathir lebih menyerlah berbanding Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri. 

Saya rasa beliau perlu kekal lebih lama kerana tiada siapa lagi yang berpengalaman seperti beliau dan boleh jalankan peranan sebagai perdana menteri. Yang paling dekat adalah Anwar tetapi masih belum sampai masanya.   

Ada yang mengatakan Dr Mahathir perlu kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ya, sehingga pilihan raya umum seterusnya. Beliau perlu mengubah kerajaan, dan menetapkan tadbir urus yang lebih baik dalam negara," kata Rommel Osmand dari Kota Kinabalu.  

Dua tahun tidak cukup. Beliau perlu selesaikan masalah sebelum menyerahkan negara kepada pemimpin seterusnya.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan sekiranya Dr Mahathir kekal berkuasa lebih daripada dua tahun, ia bertentangan dengan janji yang dibuat sebelum memegang jawatan itu.

Beliau kata hanya akan jadi perdana menteri untuk dua tahun pertama Pakatan Harapan mentadbir negara, jadi saya tidak setuju jika beliau memegang jawatan lebih daripada tempoh itu," kata Hamidah dari Shah Alam. 

Ada yang mengatakan Dr Mahathir tidak boleh digantikan dengan Anwar, tetapi dengan calon yang lebih muda, bagi memastikan kesinambungan dalam politik.

Beliau perlu menunaikan janjinya. Beliau perlu memberi laluan kepada orang yang lebih muda untuk menerajui negara. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada seorang sahaja. Kami tidak fikir beliau akan bekerja hingga ke akhir hayatnya," kata eksekutif pentadbiran yang hanya mahu dikenali sebagai Lee kepada The Malaysian Insight.

Sesetengah dalam undian itu mengatakan Dr Mahathir perlu mula "melatih penggantinya" sekarang dan bersara secepat mungkin.

Kita perlu tetapkan pemimpin yang lebih muda untuk menerajui negara. Apa yang perlu beliau lakukan sebelum melepaskan jawatan adalah meninggalkan sistem pentadbiran yang kuat, sistem yang menentang rasuah, terutamanya dalam penjawat awam, dan menghalang ruang untuk penyalahgunaan kuasa," kata Hamidah. 

PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri lama sebelum Pilihan Raya Umum ke 14. 

Beliau berjanji untuk melepaskan jawatannya kepada Anwar dalam masa dua tahun. – 10 Jun, 2018

0 Response to "UNDIAN: Majori Rakyat Mahu Tun M perintah negara tidak terhad 2 tahun"

Posting Komentar

close