Penjelasan Isu Pemberian Duit Raya MB kedah (kata CG, duit raya aku, ko yg panas)


Isu pemberian duit raya dimajlis sambutan raya MB Kedah

1.Pada mulanya saya tidak berhasrat untuk menjawab isu ini kerana isunya tidaklah besar.Ianya bukan isu pecah amanah atau tidak ada intergriti maupun rasuah.Ianya juga bukan isu melakukan kezaliman kepada orang lain.
Tetapi oleh kerana isu ini dimulakan oleh cybertrooper Umno dan di sambut oleh ahli maupun pimpinan Pas,maka saya kira isu kecil ini mahu di politikkan oleh pihak pembangkang yang kesan luka pilihanraya baru-baru ini masih berdarah.
Diatas alasan ini saya mengambil keputusan untuk membuat pencerahan supaya rakyat awam faham apa yang sebenarnya berlaku.

2.Majlis sambutan raya YAB MB Kedah telah di uruskan sepenuhnya oleh Pejabat Perbadanan Menteri  Besar Kedah (MBI).Sekalung tahniah diatas kejayaan menguruskan acara besar ini yang telah menerima  kehadiran pengunjung lebih dua puluh ribu orang.
Mereka datang seawal jam 10 pagi,bertali arus tidak putus-putus.
Dua tempat makanan disediakan,didalam dan diluar dewan.
Pengunjung rata-rata memberi pujian makanan banyak pilihan dan semuanya sedap.

3.Kanak-kanak juga berlari sana-sini kegembiraan disamping ibu bapa pula menikmati keadaan yang santai,majlis yang teratur dan di sambut oleh Yab Menteri Besar sendiri dan isteri bersama barisan Exco.

4.Ribuan kanak-kanak yang hadir samada berjalan sendiri bersama ibu bapa mereka maupun yang masih kecil berada di dukungan ibu bapa masing-masing.

5.Memasuki laluan utama ke dewan mereka berpusu-pusu masuk bersalaman dan bersuafoto dengan MB sementara MB dan isteri menghulurkan sampul duit raya berisi Rm 5.Dihujung barisan ini tangan kanak-anak yang sudah dapat duit raya ini akan di cop.

5.Dan inilah yang telah dijadikan isu oleh pihak tertentu.Jawapan saya kepada isu ini adalah seperti berikut :

A.Mekanisma cop ini dibuat untuk memastikan mereka hanya dapat duit raya sekali.Ini untuk memberi peluang kepada semua dan seramai mungkin dapat merasai duit raya ini walaupun nilainya kecil.
Saya juga terlibat menghulurkan duit raya ini.Ramai yang sudah dapat datang untuk kali kedua dan saya menolak dengan baik kerana setiap mereka yang ambil dua kali bermakna mereka telah menutup peluang orang lain.
Malah ramai orang-orang tua juga minta duit raya dan kita menolak kerana ini untuk kanak-kanak sahaja.Memberikan kepada mereka juga bermakna menutup peluang yang sepatutnya untuk kanak-kanak.

B.Saya kira jauh lebih penting tujuan mekanisma cop di tangan ini dibuat adalah untuk mendidik erti amanah dan intergriti serta disiplin seawal usia lagi.
Inilah isu utama mengapa rakyat melakukan perubahan dalam Pru baru-baru ini.Rakyat mahukan sebuah kerajaan baru yang bekerja untuk rakyat dengan penuh sifat amanah dan intergriti.
Saya kira kita mesti berubah dari segi mentaliti lama,walaupun isu cop ditangan ini nampak kecil tetapi kesan mendidik bermula dialam kanak-kanak ini sangat lah besar.

Kenapa hasrat ini harus dibantah?.

Ayuh kita sama-sama membina pemikiran kearah reformasi politik baru.

Dr Ismail Salleh
Exco Penerangan Kedah.

0 Response to "Penjelasan Isu Pemberian Duit Raya MB kedah (kata CG, duit raya aku, ko yg panas) "

Posting Komentar

close