Sedih lihat Persidangan UMNO hanya di ruang tamu Rumah


Sedihnya apabila Persidangan UMNO hanya dianjurkan di ruang tamu sebuah rumah.

Jika dahulu, persidangan UMNO penuh dengan kemewahan dengan pengikut yang ramai menghurungi dedak. Akhirnya Allah jatuhkan mereka agar semuanya sedar dan insaf serta kembali ke jalan perjuangan sebenar UMNO kerana Agama, Bangsa dan Negara. 

Puad Zarkashi menulis di laman facebook beliau "Merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kg Istana. Tetap bersemangat meneruskan perjuangan. PDM Kg Istana adalah antara PDM kawasan bandar yang menang. Tahniah"





Masihkah kau ingat?
Ketika Tun M tarik sokongan terhadap Najib PM kesayangan kau kerana kelemahan dasar negara

Kau kata Tun M tak boleh move on, masih berlagak nak jadi PM

Masihkah kau ingat?
Ketika Tun M minta Najib letak jawatan PM kerana rosakkan negara, derma RM2.6billion, 1MDB

Kau kata Tun M buat tuduhan tanpa bukti, Tan Sri Muhyiddin, TPM dan Dato Sri Shafie Apdal dipecat

Masihkah kau ingat?
Tun M buat Deklarasi Selamatkan  Malaysia kerana memang untuk selamatkan negara

Kau kata Tun M takkan berjaya kumpul sejuta tandatangan. Walhal akhirnya berjaya dan diangkat kepada Agong

Masihkah kau ingat?
Bila tiada apa-apa tindakan, Tun M cuba bincang dengan Ahli Parlimen untuk buat undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen 

Tun M tidak berjaya kerana MP mengaku di media telah diberi RM1-2 juta seorang

Masihkah kau ingat?
Tun M terpaksa tubuhkan PPBM untuk tumbangkan Najib

Kau kata sudah nak mati pun Tun M masih gila kuasa

Masihkah kau ingat?
Bila Tun M berjaya mendapat sokongan untuk memimpin Pakatan Harapan bagi tumbangkan BN

Kau kata tak mungkin Tun M boleh berjaya dan tak mungkin BN akan tumbang

Hari ini Tun M telah jadi PM kali kedua untuk membetulkan negara yang telah dirosakkan oleh Najib dan pengikutnya.

Sekarang baru KJ sedar dan meratap sesal.
Baru semua pengikut UMNO sedar mereka lalai hanya mengejar duit duit duit....

Baru kau sedar hanya mengejar kemewahan fatamogana cash is king.. 

Nasi sudah menjadi bubur...

Baru nak insaf, sudah terlambat

0 Response to "Sedih lihat Persidangan UMNO hanya di ruang tamu Rumah"

Posting Komentar

close